Sedar atau tidak, kira yang corakkan hidup kita sebenarnya. Nak jadi baik, jadi jahat, baik atau buruk semuanya atas kita. Kita ada akal, gunakan akal pemberian Allah untuk berfikir sebaiknya.
Ada orang yang memilih untuk bersedih saat sedih, ada orang memilih untuk senyum dan tetap melangkah gagah walau hati gundah. Pilihan di tangan kita, bukan dia.
Ada orang memilih untuk berimpian dan berusaha untuk menggapai impian. Ada orang memilih untuk hanyut, leka dan hidup tanpa matlamat dan tiada impian. Apa yang kau cari dalam hidup ini?
Ada orang memilih untuk melenting dan marah saat konflik menjengah. Ada orang memilih untuk berdiam dan bermuhasabah. Kenapa sesuatu perkara terjadi? Salah dia? Salah kita? Atau salah kedua-duanya?
Ada orang tidak mahu membuka minda, hanya memandang sesuatu perkara selorong sahaja. Ada orang melihat sesuatu perkara dari sudut berbeza, mengupas sesuatu perkara sedalamnya dan akhirnya membuat keputusan menggunakan akal yang bijaksana, mengenepikan segala emosi dan rasa.
Lain orang lain cara. Bergantung kepada tahap kematangan dan kekuatan mental seseorang itu sendiri dalam menangani konflik. Tahap kematangan dan kekuatan mental tak boleh dijual beli. Its priceless.
Dalam banyak-banyak perbandingan di atas, which one is you?