Quantcast
Channel: Dari Jari Jari Halusku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1910

Masak Lemak Perut, Sup Sawi, Sambal Tempe

$
0
0
Makan tengahari minggu lepas.

Masak Lemak Perut Campur Kentang
Rebus perut sampai empuk buh dalam periuk. Tumbuk cili api + bawang merah + kunyit dan titik serai. Simpulkan daun kunyit, buh santan .. masak semua sekali dan masukkan sekeping dua Asam keping dan Garam secukup rasa. Buh kentang. Kentang empuk tutup lah api.

Sup Sawi Bunga campur Carrot
Rebus sume sekali. Tak perlu tumis  just masukkan bawang putih dan garam + pepper sahaja. No ball-ball buat rencah ye. Saya sudah stop makan bola ikan, bola udang, bola ayam, bola ketam or whatsoever because its not fresh, tidak berkhasiat, tak bagus untuk kesihatan dan banyak sebab lagi. Saya pengamal Gaya Hidup Sehat. Biar simple asalkan berkhasiat.

Ikan Bawal Goreng.  Ikan Masin Gelama Adik Ipar bagi. Tq Minah bawak Ikan masin dan udang kering homemade untuk Kak Long. Sangat 'crispy' bila digoreng garing-garing .. macam makan Keropok Ikan Masin. Sesekali boleh .. jangan selalu ye. Tempe + Ikan Bilis Sambal buat Aiman. Tempe memang feveret dalam rumah ni. Kadang tak sempat buat lauk, habis ratah je.

Tukang Masak Kerejanya Enteng? Ya betul. Sebab i cuma masak yang senang dan simple je.  Yang remeh temeh dan peningkan kepala tu i tak layan. Yang penting duduk dapur dengan ikhlas dan feel hepi. Ok Bye. Thanks baca Entry entah Jamu Selera ni ye.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1910