Quantcast
Channel: Dari Jari Jari Halusku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1910

Cerita Pesawat MH 370 di Laman Sosial

$
0
0
Dah hari ke 5, kehilangan MH 370 masih misteri.  Berdoalah kita supaya MH 370 kembali.

Misz-ella kesal. Kesal dengan gelagat sesetengah pihak yang menyebar berita palsu, yang tidak sohih akan kebenarannya.  Hormati lah perasaan ahli keluarga/waris-waris mangsa yang resah gelisah. Yang tidur malamnya tidak lagi lena. Yang makan minum nya seolah tiada selera.  Letak diri kita di tempat mereka.  Orang yang disayang, yang baru semalam dipeluk cium hilang tiba-tiba keesokan harinya.  Apa korang rasa?

Tak cukup dengan itu, timbul pula cerita Fariq di 'cockpit' sedang bersukaria. Pihak di sana memulakan cerita kita disini tolong sebarkannya. Apakah tujuan? Mungkin niat untuk berkongsi tapi apa bagusnya kongsi keaiban manusia? Bukankah lebih baik kita berkongsi doa, berkongsi rasa bersama mereka-mereka yang dalam kesedihan ini? Hormatilah keluarga dia. Orang sedih ditimpa musibah jangan kita tambah gundah. Sedih lah. Misz-ella sedih dengan situasi melanda sekarang ni.

Baca sana. Baca sini. Terlalu banyak info di laman sosial sekarang ni.  As for me, saya cuma akan percaya kenyataan dari pihak MAS sahaja. And my opinion, sume orang nak tau .. excited nak tau apakah sebenarnya yang terjadi .. tapi kita sebagai rakyat jelata, jangan lah menambah tekanan pada pihak berkuasa.  Biar diaorang buat kerja dia, kita buat kerja kita iaitu Doa. Kita doakan semuanya berjaya. Doa. Doa banyak-banyak.  Itu kan sebahagian dari cara kita boleh membantu mangsa? 



Berdoalah kita agar MH 370 selamat pulang ke pangakuan keluarga tercinta.  Pergi dengan selamat, pulang dengan selamat juga lah hendaknya. Amin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1910