Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1911

Keretapi Sarong 2023 kembali sempena Hari Malaysia

Hai pembaca kesayangan,


Image may be NSFW.
Clik here to view.

Masih ingat akan program Keretapi Sarong anjuran  LOCCO dimana rakyat Malaysia memakai pakaian bertemakan sarong menaiki keretapi bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia sejak tujuh (7) tahun yang lalu? Sabtu ini guys, 16 September 2023, kita bakal dapat meraikan Keretapi Sarong 2023 (KS2023) bersempena Hari Malaysia sekali lagi! Kali ini lebih besar, dijangka hampir 10,000 bakal menyertai sambutan unik Hari Malaysia bertemakan Ethnicity.


Shamsul Bahrin Zainuzzaman

Shamsul Bahrin Zainuzzaman, Pengarah KS2023 memberitahu pelbagai program seperti 'flash mob', persembahan tarian tradisional, muzik dan seni penceritaan berbilang bangsa akan diadakan di stesen antaranya Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT).

Kami sangat teruja untuk mengumumkan lokasi rahsia tahun ini adalah di tempat paling ikonik dan bersejarah iaitu Dataran Merdeka. 

"Ia akan menjadi saat yang benar-benar bersejarah bagi semua untuk berkumpul di Dataran Merdeka tahun ini selepas perjalanan kereta api berlepas dari stesen-stesen terpilih," katanya

Acara sama turut berlangsung serentak di bandar utama seperti Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Ipoh (KTMB Ipoh) dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta di London, United Kingdom (Battersea Power Station).

KS2023 juga bakal dimeriahkan dengan penglibatan lebih 20 kumpulan pelbagai lapisan masyarakat seperti Baba Nyonya Selangor, United Malaysia Hindu Voice, Mandarin Jer, Anak Teater Malaysia, Malaysia Fashion Creative Award dan KL Sketch Nation.




Penganjuran program pada tahun ini mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya Kementerian Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Rapid KL.






KS2023 ini turut mendapat penajaan dari Bulan Bintang, AirAsia, Kahf, Wardah, Emina, Mr D.I.Y, Momo’s Kuala Lumpur, The Chow Kit (an Ormond hotel), GoCar, M&Ms, KLIA Transit, Kedey Kamek, Santa Grand Signature and Grand Classic, Kuala Lumpur.




So, pembaca-pembaca kesayangan, jangan lupa berkumpul di stesen-stesen LRT/MRT terpilih pukul 8:30 pagi pada hari Sabtu ini dengan memakai pakaian bertema sarong yang tercantik di dalam koleksi korang. Ada hadiah untuk Pakaian terbaik tau.

Untuk informasi lanjut, sila ikuti Instagram KS2023 di sini.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1911

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.