Quantcast
Channel: Dari Jari Jari Halusku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1911

Buffet Buka Puasa (Ramadan) di Atmosphere 360° KL Tower

$
0
0
Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella bawakan kisah berbuka puasa di restoran berputar Atmosphere 360° yang terletak di lantai TH02, Menara Kuala Lumpur. Dengan ketinggian 282 meter dari aras bawah, restoran berputar Atmosphere 360° adalah restoran berputar paling tinggi di Asia Tenggara. Mula dibuka pada tahun 2011, sehingga hari ini restoran ini telah menerima lebih dari sejuta pelanggan.


Restoran berputar Atmosphere 360° meraikan kedatangan bulan Ramadan dengan mengadakan promosi buffet buka puasa. Promosi yang akan bermula dari 6hb Mei 2019 sehingga 4hb Jun 2019 ini akan memberi pengalaman yang sangat istimewa kerana pelanggan akan dapat berbuka puasa sambil menikmati pemandangan cantik bandaraya Kuala Lumpur dari sudut 360°.


Sambil berbuka puasa, sambil dihiburkan dengan persembahan ghazal




Sepanjang bulan puasa ini, barisan Chef yang pakar dalam pelbagai bidang masakan akan menyediakan hidangan-hidangan tradisi Melayu dan juga antarabangsa. Antara yang menarik adalah Patin Asam Tempoyak, Asam Pedas Ekor Lembu, Kari Kambing, Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Ketam Sweet Sour, Sayur Lodeh dan Salty Egg Prawn.


Pelbagai aneka kerabu dan sambal turut disediakan khas buat pengunjung menjamu selera.



Ada juga Kambing panggang untuk dinikmati bersama Nasi Mandy 

Bubur lambuk yang sangat sinonim dengan bulan Ramadan pun turut ada

Buat yang Vegetarian juga jangan risau .. turut ada hidangan yang sesuai untuk anda ..


Di cold section pengunjung boleh menikmati Udang Segar, Oyster dan pelbagai lagi ..


Sushi dan Sashimi juga ada



Buat yang suka BBQ, ada sate ayam dan sate daging jugak ..


Ehemmm .. kalau suka dua-dua (BBQ dan Cold), bolehlah gandingkan kedua-duanya di dalam satu pinggan *seperti pinggan blogger Sizzling Suzai ni*





Salad counter juga meriah dengan pelbagai pilihan salad ..


Akhirnya, jangan lupa akhiri buffet anda dengan mengunjungi kaunter pemanis mulut - macam-macam ada di sini .. Kuih Talam Ubi, Talam Keladi, Kuih Cara, pelbagai jenis kek dan tak ketinggalan Serawa durian yang dimakan bersama pulut.


Buffet buka puasa di Atmosphere 360° akan bermula pada 6hb Mei ini dari jam 6:30 petang hingga 11 malam dengan harga RM232 seorang (Dewasa). Bagi merancakkan lagi kemeriahan promosi buka puasa ini,  diskaun turut ditawarkan untuk pelanggan-pelanggan terawal.

Diskaun 50% untuk 30 tempahan pertama
Diskaun 40% untuk 30 tempahan seterusnya dan
Diskaun 30% untuk 40 tempahan seterusnya

Pihak Atmosphere 360° juga akan menziarahi beberapa rumah anak yatim untuk menjemput mereka berbuka puasa di restoran ini manakala sebahagian dari hasil jualan restoran ini akan didermakan kepada rumah anak yatim.

Misz-ella dah cuba Buffet buka puasa di restoran Atmosphere360° ni. Pilihan makanan banyak dan rasanya sangat sedap. Paling best, ialah suasana 'manis' berbuka puasa sambil melihat panorama malam bandaraya Kuala Lumpur ku tercinta ini.

Buat mereka yang ingin merasai pengalaman berbuka puasa di restoran berputar tertinggi di Asia Tenggara ini, sila lah :- 

Layari www.atmosphere360.com.my atau hubungi no. tel : 03-2020 2121/2020 





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1911

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.