Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1911

Filem Petta lakonan Rajinikanth best gila!

Hello pembaca kesayangan,


Baru-baru ini Misz-ella telah diundang ke Special Screening untuk filem lakonan terbaru Rajinikanth bertajuk Petta oleh sahabat saya Alex. Mula-mula macam tak boleh nak pergi tapi kerana mengenangkan filem Petta ini dikatakan adalah filem terakhir pelakon Tamil pujaan ramai iaitu Rajinikanth, maka well .. rugi la kalau tak turut menjadi salah seorang dari jutaan penonton filem Petta dari seluruh dunia ini, kan. Lagipun, anak saya yang berusia 22 tahun pun peminat setia Rajinikanth .. Dia tu legend mama .. you must go and watch this movie .. rugi tak pergi tau!



So kali ini  Misz-ella nak kongsikan tentang filem Petta. Selain dari Rajinikanth, pelakon-pelakon yang lain yang membintangi filem ini termasuklah Vijay Sethupathi, Simran, Trisha, M. Sasikumar, Nawazuddin Siddiqui, Bobby Simha, J. Mahendran dan Guru Somasundaram. Filem Petta telah ditayangkan secara serentak di 26 negara mulai dari 10 Januari 2019 yang lalu, diedarkan oleh syarikat Malik Streams Corporations Sdn Bhd.



Filem ini bermula dengan adegan 'ragging' atau buli di sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di Darjeeling, India. Apabila Kaali diterima sebagai Warden baru bagi menjaga kebajikan pelajar-pelajar tersebut, beliau cuba mengubah amalan  'ragging' yang menjadi amalan tradisi sessi perkenalan di antara pelajar lama dan pelajar baru. Seperti biasa, irama, lagu serta tarian sudah terlalu sebati dalam filem Tamil. Sambil menonton, sambil berhibur. Best!



Kejadian demi kejadian, meskipun sukar pada awalnya akhirnya Kaali diterima dengan baik oleh pelajar-pelajar di sekolah berkenaan. Kaali menekankan amalan-amalan mulia seperti kasih sayang, sikap toleransi dan hormat menghormati sesama insan menjadikan beliau disenangi ramai dan sentiasa menjadi rujukan pelajar-pelajar berkenaan.



Meskipun begitu, Kaali yang mempunyai karisma tersendiri ini sangat 'misteri', tidak ramai yang mengetahui siapakan Kaali yang sebenarnya.


Diselitkan juga babak-babak percintaan romantis yang sangat bersahaja *sweet sangat tau ... tersenyum sorang-sorang Misz-ella*


Selepas beberapa siri kejadian yang bermula dari 'ragging' lalu menimbulkan perasaan dendam dan sakit hati, terungkailah persoalan siapakah Kaali yang sebenarnya. Siapakah Petta yang menjadi tajuk filem ini? Siapakah Jittu, Chinna, Michael, Anwar dan apakah kaitan antara mereka?

Filem yang berdurasi selama 172 minit ini sangat mendebarkan dan sentiasa buat kita berfikir dari awal hingga ke akhir. Misz-ella langsung tidak rasa bosan malah sentiasa ternanti-nanti apakah kejutan seterusnya. Adakalanya kita ketawa, adakalanya kita dibuai perasaan romantis, ada masanya jantung berdebar dengan aksi-aksi lawan *ok masa ni i tutup mata .. i takut tengok orang lawan-lawan, ok .. hehe* Selain dari itu, filem ini sarat dengan mesej-mesej positif.



Sinematografi di dalam filem ini sangat cantik. India is so lovely and beautiful! Ada banyak pemandangan cantik dalam filem ini, buat Misz-ella rasa mau terbang ke sana sekarang juga *wahh .. over la kau, Ella*

So pembaca-pembaca kesayangan Misz-ella, jangan lepaskan peluang menonton filem Petta yang sedang ditayangkan serentak di seluruh dunia ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan lokasi pawagam, ikut Facebook Malik Streams Productions ini ye.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1911

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes