Quantcast
Channel: Dari Jari Jari Halusku
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1911

Durian Buffet di Tanah Aina Farouq Durian Orchard Resort

$
0
0

Hello pembaca kesayangan,



Siapa peminat durian? Me! Yes. Misz-ella memang peminat durian, tetapi seiring dengan peningkatan umur, makan durian dah tak sehebat zaman muda dulu. Masa muda dulu, kalau orang bawak balik durian pukul 2 pagi pun Misz-ella sanggup bangun. Umur dah banyak macam ni, Misz-ella makan sekadar nak rasa. 




Baru-baru ini, Misz-ella dan kawan-kawan telah ke Tanah Aina Farouq Durian Orchard Resort yang terletak di Lot 798, Jalan Tras, Raub, Pahang untuk makan durian. Tak jauh mana pun, hanya 76km dari plaza tol Gombak, dalam 1 jam 15 minit dah sampai. Sebaik saja sampai, kami teruja dengan keindahan dan kebersihan kebun durian Tanah Aina Farouq ini. Jom follow Misz-ella check it out ..


Teruja nampak buah durian bergantungan maka kami pun selfie lah, kan ..



Disebabkan keterujaan yang melampau apabila berjaya menjejakkan kaki di Tanah Aina Farouq Durian Orchard ni, agak mencabar jugak buat Misz-ella untuk start the buffet ~ masing-masing entah ke mana .. sibuk posing sana .. posing sini .. Tetiba Misz-ella rasa macam Ketua Kelas yang terpaksa berhempas pulas memanggil mereka semua supaya 'lets start our Durian buffet party and treat our hungry tummy'



Antara durian yang sempat kami nikmati ~ D24, Durian Kampung dan bermacam lagi. Konsep makan durian disini adalah 'Buffet' ~ makan selagi larat pada kadar harga RM35 seorang. Mahal? Kalau dibandingkan dengan harga buffet durian di Kuala Lumpur memang lah mahal tetapi sejujurnya .. sangat berbaloi kerana samada durian kampung ataupun durian D24 yang dihidangkan kepada kami .. semuanya memuaskan hati. Isi durian tebal-tebal dan rasanya tersangatlah sedap. Hajat hati Misz-ella nak makan seulas dua je tetapi akhirnya saya makan berganda-ganda .. 7,8 ulas sekali hadap. Memang puashati!



Dua orang Arissa ni pun enjoy makan durian



Tempat makan yang luas, air mineral dan tempat basuh tangan disediakan ~ Selesa. Paling penting, durian dari kebun Tanah Aina Farouq bersifat organik .. ditanam secara semulajadi. Alhamdulillah .. tiada yang pening-pening sakit kepala walaupun kami makan dengan banyak 



Lepas makan, Misz-ella tanya ~ Boleh tak kami nak jalan-jalan ke dalam tengok kebun durian? All of us are first time here .. teringin nak tengok bagaimanakah keadaan sebenar kebun durian Tanah Aina Farouq ni. Boleh. Tapi kena naik kubota lah. Kubota? Macamana tu? Tak pe you dont worry .. we will arrange for you. Once dah ready kita inform you ye.

Dengan jawapan tersebut, maka keterujaan kami pun berganda. Tak sabar nak naik kubota *sebab tak pernah naik, kan .. *hehehe* Lebih kurang 10 minit kemudian, kami dibawa mengelilingi kebun durian dengan menaiki kubota. Pemandangan sangat cantik .. masing-masing teruja nampak buah durian bergantungan di kanan, kiri, di mana saja. Pandang depan ada durian .. dongak ke atas .. uihhh durian lagi. Seronok sangat!



Dan kubota turunkan kami di kawasan lapang yang membolehkan kami berehat sambil menikmati udara segar dan kehijauan disini. Cantiknya kebun durian Tanah Aina Farouq - hijau, bersih, berbukit-bukit, ada kolam ikan .. macam padang golf! Kami pun tak lepaskan peluang untuk berposing-posing ..



Cantiknya! Kemas, bersih. Pokok duriannya rendah-rendah tak macam kat kampung-kampung .. pokok durian kurus tinggi-tinggi .. kata Kak Yun. 



Teruja!!! Misz-ella pun sebenarnya pertama kali tengok pokok durian yang rendah tapi lebat buahnya. Nak tau apa jenis durian ni? Tanya pekerja kebun durian Tanah Aina Farouq .. lain spesis durian, lain daun nya, ohh macam tu .. pandai diaorang, kan.



This place is simply amazing and beautiful ~ suits for photography too .. maka kami pun tak lepaskan peluang merakamkan pengalaman indah di Tanah Aina Farouq buat kenangan hari tua kami.



Delicious and high quality durian, Tanah Aina Farouq beautiful nature, good friends and accompany .. definitely a moment to remember.



Lepas tu, kami check-in di Tanah Aina Fahad, Ulu Dong yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Tanah Aina Farouq. I first came to this beautiful eco-resort in year 2016. Read my previous entry here. Till now, I have lost count how many times I have been here. 



Esoknya kami pulang dengan rasa yang sangat happy. Pengalaman Back to Nature di Tanah Aina Farouq Durian Orchard Resort dan Tanah Aina Fahad Glamping Resort sememangnya sangat bermakna dan takkan kami lupakan sampai bila-bila. Paling penting, kami pasti akan repeat lagi trip ini. Lets make it happen, ladies!

Buat mereka yang ingin merasai pengalaman seperti kami, hubungi Sheila di no telefon 011-26288779 (untuk Durian Buffet) dan Hana di no telefon 016-2159252 (untuk penginapan di Tanah Aina Fahad). 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1911