Sebenarnya kan, kalau korang nak tau, Misz-ella bukanlah pandai sangat masak. Setakat masak untuk famili ok la .. tapi yang ye nya Misz-ella ni rajin. Tengahari masak, malam masak lagi. Misz-ella tak suka 'repeat' lunch masa dinner. Dinner usually Misz-ella akan masuk dapur sekali lagi and cook something light.
Daging Masak Kicap Berempah
Sama je dengan masak kicap biasa tapi kita tambahkan pes cili kering, jintan halus. Tu je extra .. yang lain-lain sama je bahan-bahan serta cara-cara membuatnya.
Kobis Goreng.
Simple kan lauk kitorang. Macam ni la selalu .. bersederhana. Nak masak banyak pun sangat tak berbaloi sebab hanya 3 orang sahaja penghuni rumah ini.
Pembaca setia blog Misz-ella ingat lagi tak Sambal Bilis Jalan Jauh yang meletop di Blog ni dulu? Putrajaya order, Kedah order .. merata-rata orang order. Last pack of the Sambal Bilis Misz-ella bukak dan cuba. Masih bagus conditionnya walau dah 7 bulan duk dalam plastik ber 'seal'. So Adik yang order Sambal Bilis dari Misz-ella baru-baru ni, tunggu ye. Sambal Bilis will be back menyerikan 'our tummy'. Boleh WhatsApp akak lagi sekali? Telefon buat hal so mesej tu dah hilang dik.
Our sederhana lunch today. Alhamdulillah. Rezeki.